Ditahan SPRM selepas minta 'wang perlindungan' hampir RM1 juta

Seorang pengurus syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta rasuah hampir RM1 juta.
Seorang pengurus syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta rasuah hampir RM1 juta.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengurus syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah hampir RM1 juta daripada seorang pemilik kilang kononnya sebagai 'wang perlindungan' agar tidak diambil tindakan oleh penguat kuasa atas kesalahan melibatkan pekerja kilang itu.

Perintah reman bermula Selasa sehingga Sabtu terhadap lelaki itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur pada jam 5 petang, Isnin.

Menurut sumber, suspek disyaki telah meminta dan menerima wang berjumlah kira-kira RM840,000 secara tunai dan pindahan dalam talian sejak Julai hingga September lalu.

"Suspek kononnya akan meminta agensi-agensi penguat kuasa terlibat agar tidak mengambil tindakan terhadap pemilik kilang itu kerana terdapat pekerja warga asing di kilang tersebut meninggal dunia akibat Covid-19.

"Selain itu, dia juga meminta wang tambahan berjumlah kira-kira RM120,000 kononnya untuk diberi kepada penguat kuasa disebabkan pemilikan kilang itu menggajikan pekerja tanpa permit," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan: