Mayat tanpa pakaian ditemui di tepi jalan

Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui di belakang sebuah kolej di Jerantut pada Isnin. - Foto ihsan orang awam
Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui di belakang sebuah kolej di Jerantut pada Isnin. - Foto ihsan orang awam
A
A
A

JERANTUT - Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui di tepi jalan di belakang bangunan sebuah kolej di bandar ini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Khamis berkata, mangsa yang juga seorang penganggur berusia 50 tahun ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki tempatan yang masih bujang itu dipercayai menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

"Mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Johor.

"Tiada unsur jenayah ditemui dan mayat telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin

Artikel Berkaitan: