X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Nik Abduh, Khairuddin gagal pertahan jawatan AJK Pas Pusat

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Mohd Khairuddin Aman Razali.
A
A

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz gagal mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat.

Mohd Khairuddin berkata, kegagalan beliau mempertahankan jawatan sebagai AJK Pas Pusat bagi sesi 2021-2023 tidak dipengaruhi anasir luar.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu turut menafikan rakaman audio mengaitkan dirinya yang ditularkan di media sosial sebelum ini mempengaruhi sokongan pada pemilihan dalam Muktamar Pas kali ini.

"Kalah menang perkara biasa dalam setiap pertandingan kerana ia menggambarkan suara para perwakilan. Apa yang pasti kita akan terus bekerja untuk parti.

"Faktor kekalahan ini tiada kaitan dengan perkara dari luar. Dalam politik apa sahaja boleh berlaku," katanya ketika ditemui selepas Muktamar Pas ke-67 di sini pada Ahad.

Mohd Khairuddin bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya kesahihan dakwaan yang mengatakan dirinya sebagai individu di sebalik audio tersebut.

Senada dengan Mohd Khairuddin, Nik Mohamad Abduh berkata, beliau akur dengan kekalahan bagi merebut jawatan yang sama.

Kedua-dua mereka sebelum ini merupakan AJK Pas Pusat bagi sesi 2019 - 2021.

"Tahniah kepada sahabat-sahabat yang terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat, saya doakan mereka semua berjaya dalam membantu Pas menuju masa depan.

"Saya rasa satu beban besar telah dilepaskan. Kini saya rasa ringan dan fokus saya sekarang untuk terus istiqamah bekerja dalam parti kerana banyak lagi tanggungjawab lain untuk dilakukan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!