Pas digesa nyata pendirian hubungan MN, PN

Abdul Razib ketika bahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas Ke-67 di Kuala Terengganu pada Sabtu.
Abdul Razib ketika bahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas Ke-67 di Kuala Terengganu pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Perwakilan Pas Pulau Pinang menggesa kepimpinan tertinggi parti itu menyatakan pendirian tetap berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Abdul Razib Abdul Rahim berkata, perkara itu perlu diputuskan memandangkan wujud perpecahan antara MN dan PN di negeri tersebut menyebabkan agenda penyatuan ummah yang diperjuangkan gagal mencapai matlamat asal.

"Jika tiada penyatuan, harapan untuk merampas Pulau Pinang daripada DAP hanya retorik kerana apa yang berlaku di sini adalah disebabkan tiada kerjasama parti Melayu-Islam.

"Dengan adanya pendirian daripada pimpinan parti, ahli di peringkat akar umbi boleh terus mendukung permuafakatan seperti yang dipromosikan Pas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas Ke-67 di Duyong Marina & Resort di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: