10 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran di hospital di Barat India

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

NEW DELHI - Seramai 10 pesakit Covid-19 terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam kebakaran hospital di barat India pada Sabtu.

Kebakaran berlaku di bahagian unit rawatan rapi (ICU) hospital di daerah Ahmednagar di Maharashtra.

Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas, lapor media tempatan, memetik pegawai jabatan kesihatan.

Ketua Menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray telah mengarahkan pihak berkuasa menyiasat insiden itu.

Pandemik Covid-19 telah memberi tekanan kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam di India yang menghadapi masalah kekurangan dana.

Awal tahun ini berpuluh-puluh pesakit Covid-19 terbunuh dalam tiga kebakaran hospital di Gujarat dan Maharashtra. - Bernama

Artikel Berkaitan: