Conte akui cabaran baharu bermula

Conte
Conte
A
A
A

PENGENDALI baharu Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui The Spurs memerlukan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan semula persembahan kelab utara London tersebut.

Situasi itu selepas menyaksikan skuad kendaliannya tersebut berdepan laluan sukar sebelum melakar kemenangan 3-2 ke atas kelab Belanda, Vitesse Arnhem dalam saingan Liga Konferens Europa di Stadium Tottenham Hotspur.

“Perlawanan ini merupakan permainan yang gila. Biasanya saya tidak suka permainan jenis ini - permainan gila bermakna apa-apa boleh berlaku. Tetapi pada masa yang sama saya fikir kami harus menang dan akhir tiga mata menjadi milik pasukan.

“Apa yang pasti kami perlu meningkatkan keupayaan pasukan ini. Ia bukan mudah kerana dalam kami perlu membuat persiapan untuk berdepan Everton ini... kini kami hanya ada satu hari. Esok adalah mustahil untuk bekerja dengan pemain yang bermain pada perlawanan berdepan Vitesse malam ini.

“Kami perlu mempunyai sedikit kesabaran kerana kami perlu bekerja pada banyak aspek - dari segi taktikal dan fizikal. Sejujurnya saya tidak takut dengan kerja itu. Saya tahu hanya melalui kerja anda boleh mencapai sasaran penting,” kata Conte

Conte, sebelum ini menggantikan pengendali dari Portugal, Nuno Espirito Santo yang pecat selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya bersama Tottenham.

Perlawanan Kumpulan G di London itu, Tottenham meledak tiga gol menerusi Son Heung-min (14'), Lucas Moura (22') dan gol sendiri Jacob Rasmussen (28').

Sementara itu Vitesse merapatkan jurang menerusi jaringan Rasmussen (32') dan Matus Bero (39') untuk kedudukan kekal 3-2.

Artikel Berkaitan:

Keputusan di laman sendiri itu menyaksikan Tottenham mengumpul tujuh mata setelah mengharungi empat perlawanan kumpulan, tiga mata di belakang pendahulu, Rennes (10 mata), ketiga Vitesse (enam mata) dan Mura yang masih gagal memperolehi sebarang mata.

Tottenham dijadualkan menentang Everton apabila mengunjungi The Toffees bagi perlawanan liga pada Ahad.