X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Kes Covid-19 meningkat, Perancis wajibkan semula pakai pelitup muka

Foto AA
A
A

PARIS- Pelitup muka akan diwajibkan semula di sekolah-sekolah di 39 jabatan di wilayah Perancis berikutan kes baharu Covid-19 sudah melepasi tahap amaran, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik jurucakap kerajaan Gabriel Attal pada Rabu.

Sebelum ini, sekolah di 22 jabatan telah dikenakan arahan pemakaian pelitup muka pada bulan lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 61 atau hampir separuh daripada wilayah Perancis.

Attal berkata, di 39 jabatan berkenaan, kadar jangkitan melebihi 50 kes seminggu bagi setiap 100,000 penduduk.

Mengikut protokol yang diumumkan Kementerian Pendidikan, sesebuah sekolah yang mencatatkan kes kurang daripada 50 kes bagi setiap 100,000 penduduk selama lima hari berturut-turut, maka pelajar sekolah rendah tidak perlu memakai pelitup muka.

Walaupun jumlah kes baharu harian jauh lebih rendah, Attal berkata, sebaik sahaja keadaan bertambah buruk, langkah kesihatan yang ditarik balik akan dikuat kuasa semula.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, terdapat 10,050 kes baharu, 39 kematian dan 6,764 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!