PKPD di Kampung Orang Asli Ruai di Raub dilanjutkan

PKPD di Kampung Orang Asli Ruai di Raub, Pahang dilanjutkan bermula 5 hingga 18 November depan. Gambar hiasan
PKPD di Kampung Orang Asli Ruai di Raub, Pahang dilanjutkan bermula 5 hingga 18 November depan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan hingga 18 November ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko dan trend penularan jangkitan COVID-19 semasa di lokaliti itu.

"Sementara itu, PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai di Lipis yang bermula 8 Okt lepas ditamatkan esok seperti dijadualkan,",” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: