Sila log masuk terlebih dahulu.

Raja Muda Perlis nasihat penduduk terlibat banjir jaga keselamatan

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
A
A
A

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Rabu menasihatkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir di negeri itu supaya menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Baginda bertitah, selain lemas pelbagai insiden buruk boleh berlaku sekiranya tidak berjaga-jaga seperti digigit haiwan berbisa atau berisiko terkena renjatan elektrik jika terdapat kerosakan wayar.

“Semua mangsa banjir sama ada terlibat dengan banjir kilat, peralihan Monsun Timur Laut atau fenomena air pasang besar juga perlu menjaga kebersihan dan tidak menggunakan bahan makanan yang sudah ditenggelami banjir.

"Makanan di dalam peti sejuk yang terputus bekalan elektrik melebihi 12 jam juga perlu dibuang dan tidak digunakan lagi apabila banjir surut," titah baginda dalam kenyataan pada Rabu.

Titah nasihat Tuanku itu disampaikan semasa baginda berkenan singgah di sebuah kedai di Jalan Datuk Ali di sini, yang merupakan satu daripada projek usahawan yang menerima sumbangan sosioekonomi asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Beberapa kawasan di Arau dekat sini dilanda banjir sejak semalam akibat hujan lebat pada petang Isnin lepas.- Bernama

Artikel Berkaitan: