Lelaki 80-an mati terjatuh di dewan konsert

Dua terbunuh selepas terjatuh dari dewan konsert di bangunan konvensyen Uppsala
& Kongres, Uppsala pada Selasa. - Foto NTB
Dua terbunuh selepas terjatuh dari dewan konsert di bangunan konvensyen Uppsala & Kongres, Uppsala pada Selasa. - Foto NTB
A
A
A

STOCKHOLM - Seorang lelaki 80-an terbunuh selepas dia terjatuh dari tingkat tujuh lalu menimpa seorang lagi warga emas di dalam sebuah bangunan yang menjadi tuan rumah konsert muzik di bandar raya Uppsala, kata polis pada Selasa.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di bangunan konvensyen Uppsala & Konsert yang menjadi tuan rumah kepada konsert bagi memperingati dua anggota kumpulan muzik ABBA iaitu Bjorn Ulvaeus dan Benny Andersson.

Menurut jurucakap polis, Magnus Jansson Klarin kepada AFP, pihaknya menerima panggilan bahawa seorang lelaki terjatuh atau melompat dari tempat tinggi di dalam dewan konsert tersebut.

Dewan konsert tersebut adalah sebuah tempat terbuka dan lelaki berusia 80-an itu terjatuh dari tingkat tujuh dan menimpa dua lagi mangsa.

Seorang lagi lelaki berusia 60 tahun turut terbunuh setelah ditimpa warga emas berusia 80-an itu manakala seorang wanita berusia 60-an turut mengalami kecederaan, kata polis.

Selepas kejadian itu, konsert tersebut terpaksa dibatalkan.

Dalam satu kenyataan, polis menyatakan ia tidak mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa satu jenayah telah dilakukan susulan warga emas berkenaan jatuh dari tingkat tujuh. - Agensi

Artikel Berkaitan: