X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Rakyat perlu bersatu perangi rasuah

A
A

SHAH ALAM - Budaya rasuah dikaitkan dengan habuan berbentuk wang ringgit dan pelbagai barangan bernilai yang diberikan bagi mencapai sesuatu matlamat menerusi cara salah.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Sukimin Juki berkata, biasanya rasuah berlaku kepada golongan atasan dan pihak berkuasa, bagaimanapun tidak terkecuali masyarakat biasa.

“Rata-rata masyarakat sedar perbuatan rasuah boleh merosakkan diri, namun ramai lagi yang masih memandang rendah dan tidak ambil peduli.

“Sesetengah individu yang sudah kerap melakukan rasuah walaupun mereka sedar kegiatan tersebut salah di sisi undang-undang, mereka tetap terus melakukannya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sukimin berkata, untuk membendung masalah tersebut daripada terus berlaku, pelbagai pihak perlu bersatu hati menghentikan dan memerangi gejala rasuah.

Katanya, masyarakat juga perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk mengubah budaya rasuah supaya Malaysia mampu melahirkan generasi muda yang amanah, telus dan bertanggungjawab.

“Sikap tersebut perlu diberi penekanan sejak dari awal peringkat umur dan melarang segala bentuk aktiviti rasuah dari sekecil-kecilnya.

“Media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam memberi informasi dan memaparkan contoh rasuah yang berlaku di pelbagai peringkat dari golongan bawahan sehingga atasan,” ujar beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!