"Buah Edisi Terhad"

No Image Caption
A
A
A

Pemilik gerai buah-buahan Siti Hawa Sani, 57, menunjukkan isi buah Tampoi yang dijual di gerainya di Sungai Layang, ketika ditemui hari ini.

Beliau yang berniaga sejak 1983, memperoleh bekalan buah Tampoi dari peraih Orang Asli di Kuala Pilah dengan harga antara RM5 dan RM6 sekilo.

Buah Tampoi merupakan buah yang boleh didapati di hutan dan hanya berbuah setahun sekali iaitu pada penghujung tahun sekitar bulan Oktober dan November. Isinya berwarna putih serta oren dimana warna oren lebih digemari dan harganya mahal sedikit kerana sukar diperoleh.

Siti Hawa berkata buah tersebut tetap digemari semua kaum dan masyarakat biarpun generasi kini tidak menggemari dan kurang mengenali buah tersebut.

Beliau mampu menjual sekitar 50 hingga 60 kilo sehari dan mencecah sehingga 100 kilogram pada musim perayaan dan kini bertambah selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan.- Foto Bernama.

Artikel Berkaitan: