Pembantu penyelia didenda RM10,000 guna dokumen palsu

Hasrul Amran dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin selepas mengaku salah mengemukakan dokumen palsu.
Hasrul Amran dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin selepas mengaku salah mengemukakan dokumen palsu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu penyelia syarikat pembekalan minyak dijatuhi hukuman denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.

Keputusan dibuat Hakim Dazuki Ali selepas tertuduh, Hasrul Amran Mamat, 43, mengaku salah mengemukakan dokumen 'Bunker Delivery Receipt Inter-Century S/B' palsu bertarikh, 17 Ogos 2013, sebagai tulen bagi mendapatkan lebihan produk membabitkan diesel berjumlah 50,000 liter yang bernilai RM4,225.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan itu di pejabat Petronas Maritime, Petronas Carigali Sdn bhd, Kemaman, pada 18 Ogos 2013.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Hashim.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Artikel Berkaitan: