'Perang politik, bukan angkat senjata'

Mohamad ketika bercakap dalam program Bicara Minda, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Mohamad ketika bercakap dalam program Bicara Minda, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui tidak mengikuti perkembangan kontroversi kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan 'pengisytiharan perang' terhadap orang bukan Melayu.

Bagaimanapun, beliau beranggapan, kenyataan 'pengisyiharan perang' itu mungkin bermaksud sebagai perang politik.

"Apa kenyataannya? Saya pun tak ikuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng, tak guna ‘berperang’!

"(Pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu) Perang politik, macam kita isytihar perang rasuah, bukan angkat senjata, perang politik," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Kelmarin, Guan Eng dalam satu kenyataan mendakwa kerjasama UMNO-Pas seperti 'mengisytiharkan perang' terhadap golongan bukan Melayu.

Kenyataan tersebut mengundang kritikan ramai terutama dalam kalangan pemimpin UMNO dan Pas.

Bagaimanapun, Guan Eng mengeluarkan pembetulan dalam kenyataan asalnya untuk menggantikan perkataan 'mengisytiharkan perang' kepada 'menyasarkan'.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai desakan UMNO dan Pas agar Guan Eng memohon maaf, Mohamad berkata, kenyataan Guan Eng itu perlu disemak terlebih dahulu.

"Kena 'check' dulu apa Guan Eng kata, itu serah kepada Guan Eng. Apa dia kata kita pun tak dengar sebenarnya," katanya.