Izzue kembali ke pangkuan Forteen?

Penyanyi, Forteen
Penyanyi, Forteen
A
A
A
PENYANYI, Izzue Islam masih dengan pendiriannya untuk bergerak solo.
"Buat masa ini saya masih dengan keputusan untuk bergerak sendiri dulu, kira masih dalam tempoh bertenang lah.
"Insya-ALLAH mana lah tahu lagi tiga ke empat bulan ke? Yang penting hubungan bersahabat tetap terjalin," ujar Izzue kepada Sinar Harian.
Sekitar akhir November tahun lalu Izzue membuat kejutan apabila mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Mengenai karier solo, Izzue baru sahaja mengeluarkan single terbaharu berjudul Kau.

No Image Caption