Guru, murid SK Sri Serdang terperangkap akibat banjir kilat

Bomba melakukan operasi membantu dan menyelamat guru terperangkap di SK Sri Serdang akibat banjir kilat.
Bomba melakukan operasi membantu dan menyelamat guru terperangkap di SK Sri Serdang akibat banjir kilat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 18 guru dan 14 murid terperangkap di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang akibat banjir kilat melanda sekolah berkenaan pada petang Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, banjir kilat berlaku pada jam 7.45 petang.

Menurutnya, pasukan bomba yang membantu operasi menyelamat murid terpaksa mendukung semua murid terbabit keluar dari kawasan banjir.

"Kami berjaya membawa kesemua murid keluar pada jam 9.30 malam tadi (Isnin) membabitkan seramai 11 murid lelaki dan tiga perempuan" katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pada masa ini keadaan banjir beransur surut dan proses pemindahan guru dari kawasan terjejas sedang dijalankan.

"Guru terperangkap terdiri daripada 13 perempuan dan lima lelaki," katanya.

Seorang anggota bomba mendukung murid yang terperangkap di SK Sri Serdang pada Isnin.
Seorang anggota bomba mendukung murid yang terperangkap di SK Sri Serdang pada Isnin.

Tambah beliau, banjir itu berlaku berikutan hujan berterusan di kawasan terbabit sejak petang Isnin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain SK Sri Serdang, pihaknya menerima laporan sama di Taman Serdang Jaya.

"Bomba membantu memindahkan seorang wanita lumpuh berusia 58 tahun yang tinggal bersendirian.

"Wanita terbabit dipindahkan ke dewan berhampiran sebelum diambil saudara mangsa dan keadaan banjir ketika ini terkawal," katanya.