Kerajaan digesa turunkan cabutan judi

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa agar menurunkan semula cabutan judi yang pada masa ini dibuat sebanyak 22 kali setahun.

Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) berkata, ia supaya negara tidak bergantung kepada industri judi bagi menjana pendapatan negara.

“Yang pada akhirnya akan menyebabkan kita tersekat daripada mendapat keberkatan.

“Tarik baliklah kenaikan 22 kali cabutan ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Kerajaan sebelum ini mengesahkan memberi izin kepada semua syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini iaitu pertambahan berbanding ketetapan dibuat Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan itu menguasai Putrajaya pada tahun 2018.

Cabutan khas itu pada asalnya diadakan 22 kali setahun, namun dikurangkan oleh kerajaan PH kepada 11 kali untuk tahun 2019 dan hanya lapan kali pada tahun 2020.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang merupakan Ketua Pemuda Pas yang baharu berpendapat, tidak akan ada masalah sekiranya cabutan judi itu dikurangkan.

“Saya kira tidak ada apa-apa masalah kerana ia boleh memberikan kelegaan kepada ramai pihak,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: