Penoreh getah rugi RM74,800 diperdaya Love Scam

Seorang penoreh getah berusia 63 tahun kerugian RM74,800 selepas diperdaya sindiket Love Scam.Gambar hiasan
Seorang penoreh getah berusia 63 tahun kerugian RM74,800 selepas diperdaya sindiket Love Scam.Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang penoreh getah berusia 63 tahun kerugian RM74,800 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, warga emas itu berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ibrahim melalui Facebook pada Julai lalu.

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan berasal dari Kedah itu berhubung melalui aplikasi WhatsApp selepas suspek memperkenalkan diri sebagai şeorang doktor dan menetap di İreland.

“Suspek meminta bantuan daripada mangşa untuk memasukkan wang ke dalam akaun suspek bagi mengaktifkan akaun.

“Suspek juga mengatakan mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Elias berkata, mangsa kemudian dihubungi oleh individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kurier dan mengatakan terdapat barangan yang dikirim suspek dan meminta mangsa membuat bayaran cukai dan denda bagİ melepaskan barangan tersebut.

“Atas dasar percaya yang melampau, mangsa memasukkan wang secara berperingkat melalui meşin deposit ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Sebanyak 25 transaksi berjumlah RM74,800 dilakukan bermula pada September hingga Oktober 2021.Kesemua wang tersebut adalah hasil simpanannya sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa mula menyedari ditipu oleh suspek apabila diminta melakukan pembayaran lagi.

“Mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Baling pada Ahad.

Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu),” katanya.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan Love Scam di media sosial selain jangan mudah percaya dengan pujuk rayu individu yang tidak pernah dikenali.

“Lakukan semakan nombor telefon dan nornbor akaun di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat transaksi. Orang ramai juga boleh hubungi CCIS Response Centre di talian 03-2610 1559,” katanya lagi.