Ancaman pengganas cabaran utama pertahanan negara

Mohamad berkata demikian dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Mohamad berkata demikian dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A
SHAH ALAM - Kementerian Pertahanan melihat ancaman daripada pengganas sebagai cabaran utama dalam mempertahankan keselamatan Malaysia berbanding geopolitik daripada negara jiran.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman pada masa akan datang.

"Saya tidak nampak Malaysia akan berperang dengan mana-mana negara jiran seperti

Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina kerana kita mempunyai hubungan diplomatik yang cukup baik dan diplomasi pertahanan yang cukup hebat.

"Tapi kita nampak ancaman masa depan adalah daripada pengganas yang kita tidak tahu di

mana kem latihan mereka, di mana mereka berada, tapi mereka boleh menjelma di

mana-mana.," katanya ketika Program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, ancaman pengganas bukan lagi sesuatu yang asing malah ia merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia.

"Di sebabkan itu, kita sentiasa meminta sama ada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis, perisik tentera dan sebagainya sentiasa memantau kumpulan ini supaya ia tidak tumbuh kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap Malaysia dapat membendung pergerakan dan kumpulan seperti ini yang mengambil sikap perjuangan ala Daesh," katanya.