'Tiada parti terkecuali kebal daripada undang-undang'

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia di Institut Genom Malaysia hari ini.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba (tiga, kiri).
 - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia di Institut Genom Malaysia hari ini.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba (tiga, kiri).
 - Foto Bernama
A
A
A

BANGI - [DIKEMAS KINI] Tidak ada parti politik mahu pun individu yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun negara berada pada Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Fasa Empat namun prosedur operasi standard (SOP) yang jelas telah diumum kerajaan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jadi kita tidak ada kompromi, tidak ada istilah orang biasa dan orang kayangan, orang biasa kena kompaun dan orang kayangan tidak kena, undang-undang sama sahaja, jadi saya harap semua rakyat patuh kepada SOP,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa parti politik telah dikompaun baru-baru ini kerana melanggar SOP, antaranya Barisan Nasional yang melancarkan jentera Pilihan Raya Melaka dan PKR Melaka yang mengadakan acara berkaitan pilihan raya, masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dan peningkatan kes mendadak Covid-19.

Ia termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya. - Bernama

Artikel Berkaitan: