Doktor kontrak intai peluang ke luar negara

Malaysia dijangka mengalami kekurangan doktor dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
Malaysia dijangka mengalami kekurangan doktor dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Dianggarkan 1,000 hingga 2,000 doktor kontrak di Malaysia mengintai peluang kerjaya di luar negara disebabkan pelbagai faktor.

Wakil Kumpulan Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Umar Baraka mendakwa, antara sebabnya adalah tawaran lebih lumayan, layanan lebih baik daripada pihak negara luar dan kecewa terhadap kerajaan.

“Kekecewaan itu telah lama dirasai oleh doktor kontrak. Contohnya, apabila kes Covid-19 naik di Singapura, mereka juga alami kekurangan sumber tenaga kerja.

“Mereka kemudian melihat peluang untuk menarik sumber tenaga kerja dari Malaysia. Ia bukan sahaja di Singapura secara khusus, ditambah pula Bajet 2022 yang tidak disangka, menyebabkan ramai merancang untuk berhijrah.

“Semasa doktor kontrak melakukan mogok sebelum ini, kita meminta untuk jawatan tetap tetapi mengejutkan (semasa pengumuman Bajet 2022), hanya mendapat lanjutan kontrak yang dilihat tidak selesaikan masalah iaitu sistem kesihatan kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Umar menyatakan keadaan itu akan menyebabkan berlaku kekurangan bilangan doktor di Malaysia dalam masa tiga tahun akan datang.

“Dua atau tiga tahun kita akan nampak trend. Ini bukan salah doktor, ia salah sistem, disebabkan ahli politik yang takut melakukan perubahan sistem dan polisi,” tegasnya.

Artikel Berkaitan: