X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Pejalan kaki maut dirempuh ketika bantu mangsa nahas

Kenderaan yang terlibat dalam nahas berkenaan.
A
A

BAYAN LEPAS - Dua pejalan kaki tidak bernasib baik apabila seorang daripada mereka maut dan seorang lagi cedera parah dipercayai akibat dirempuh sebuah kereta ketika kedua-duanya mahu membantu seorang penunggang motosikal terlibat kemalangan di Solaria Residences, Jalan Tun Dr Awang, di sini, pada malam Sabtu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, mangsa yang merupakan kedua-duanya wanita terlibat nahas berkenaan kira-kira jam 11.20 malam ketika cuba membantu penunggang motosikal tersebut yang juga maut dalam kemalangan itu.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam. Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh lelaki berusia 25 tahun dan motosikal Honda Waze dengan dua pejalan kaki. Dua pejalan kaki wanita tersebut cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh kereta terbabit. Dalam kejadian ini, pemandu kereta juga cedera parah.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

"Pejalan kaki dan penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan orang ramai membantu mengeluarkan pemandu kereta yang cedera parah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Helmirizal, penunggang motosikal yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Faizal Abu Bakar, 33, dan pejalan kaki yang maut ialah Suhaila Zainol Abidin, 45 manakala identiti seorang lagi wanita belum dikenalpasti.

Helmirizal berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Anggota bomba memeriksa kenderaan yang terbabit dengan kemalangan.
Anggota bomba memeriksa kenderaan yang terbabit dengan kemalangan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!