Eksesais Gerak Pantas uji kesiapsiagaan 10 Briged Para TDM

Foto: Facebook Tentera Darat Malaysia
Foto: Facebook Tentera Darat Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Kesiapsiagaan formasi 10 Briged Para sebagai ketumbukan utama Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diuji menerusi Eksesais Gerak Pantas siri 25/2022 yang berlangsung bermula 18 hingga 28 Oktober 2021.

TDM menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi angkatan itu berkata, eksesais tersebut bertujuan untuk menilai tahap kompetensi PAC bermula daripada latihan prapenempatan (PDT) sehingga ke gerakan taktikal darat (GTM) yang dilaksanakan di kawasan am sekitar Pantai Timur.

Menurutnya, turut diberi tumpuan dalam latihan tersebut adalah untuk menguji kebolehan dan taktikal 10 Briged Para apabila digugurkan di belakang garisan musuh.

Antara anggota terlibat dalam Eksesais Gerak Pantas - Foto: Facebook Tentera Darat Malaysia
Antara anggota terlibat dalam Eksesais Gerak Pantas - Foto: Facebook Tentera Darat Malaysia

"Penumpuan eksesais kali ini memperlihatkan atur gerak 10 Briged Para apabila digugurkan di belakang garisan musuh yang melibatkan penyusupan taktikal Tim Tinjau Kompeni Pandura Para, penerjunan tempur statik serta guguran sistem penghantaran kontena (CDS) dan peralatan berat (HE).

"Ketumbukan ini turut diaturgerakkan secara operasi pendaratan udara taktikal (TALO) dengan melibatkan atur gerak trup, kenderaan tentera dan aset persenjataan sepanjang eksesais berlangsung," menurut kenyataan tersebut pada Sabtu.

Menurut TDM, latihan tersebut bertujuan memastikan kesiagaan setiap anggota berada di tahap tertinggi dan boleh dikerahkan pada bila-bila masa.

"Ia juga bertujuan menilai tahap kesiagaan operasi Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG) benar-benar berada pada tahap tertinggi untuk di aturgerakkan pada bila-bila masa dan di mana jua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Foto: Facebook Tentera Darat Malaysia
Foto: Facebook Tentera Darat Malaysia