Remaja mandi air terjun ditemukan lemas

Foto 123rf (Gambar kecil: Muhammad Hafiz Khalil)
Foto 123rf (Gambar kecil: Muhammad Hafiz Khalil)
A
A
A

BATU CAVES - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lemas ketika mandi manda bersama empat rakannya di air terjun Ulu Yam pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 3.45 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi jam 4.15 petang.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Hafiz Khalil beralamat dari Batu Caves ke lokasi riadah itu bersama rakan-rakannya berusia 13 hingga 17 tahun.

"Ketika mandi manda, mangsa dikatakan tenggelam dan dipercayai lemas.

"Anggota bomba bertindak melakukan pencarian mangsa dengan kaedah water surface menggunakan peralatan grapling iron," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mayat mangsa berjaya ditemukan jam 4.42 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: