Di Maria wira PSG

Di Maria meraikan jaringan kemenagan ketika menentang Lille. Foto: AFP
Di Maria meraikan jaringan kemenagan ketika menentang Lille. Foto: AFP
A
A
A

ANGEL Di Maria menjadi wira Paris Saint-Germain (PSG) selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan juara bertahan, Lille 2-1.

Pada perlawanan itu, skuad kendalian Mauricio Pochettino mengambil masa hingga minit ke-74 untuk mencetak gol pertama pasukan hasil jaringan kapten PSG, Marquinhos selepas Jonathan David memberikan gol awal di Parc des Princes.

Di Maria menyumbat gol penyamaan melalui sepakan rendah hasil bantuan Neymar untuk memastikan kemenangan yang membolehkan PSG melebarkan kelebihan di persada Ligue 1 kepada 10 mata mengatasi pasukan tangga kedua Lens.

Untuk rekod, perlawanan ini merupakan kali ketiga dalam empat perlawanan di laman sendiri PSG berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menjaringkan gol lewat perlawanan.

"Ia bukanlah kali pertama pasukan bertindak balas seperti mereka lakukan. Ia menunjukkan mentaliti dan perwatakan yang mereka ada.

"Kami mahu menang sebaik mungkin dengan jumlah yang besar. Kebenaran yang perlu diterima ialah seringkali kami bergelut tetapi menang 10 perlawanan liga daripada 12," kata Pochettino.

Artikel Berkaitan: