Potongan cukai kos ubah suai, pembaharuan premis dilanjut

Potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022. - Foto 123RF
Potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000 sehingga 31 Disember 2022.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini supaya fasiliti perniagaan mematuhi keperluan prosedur operasi standard (SOP) seperti pengudaraan serta ruang duduk pelanggan dan pekerja.

“Untuk memastikan ekonomi dibuka dengan selamat dan mengurangkan risiko penularan virus Covid-19, pematuhan kepada SOP terutamanya di tempat kerja adalah amat penting," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menurutnya, bagi syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work, potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja akan dilanjutkan untuk satu tahun lagi.

Selain itu katanya, bagi menambah peluang penyertaan dalam perolehan kerajaan, syarat keperluan pendaftaran akan dipermudah.

“Syarikat yang pertama kali mendaftar sijil pendaftaran perniagaan Kementerian Kewangan dikenakan bayaran RM150 berbanding RM450 sebelum ini.

“Sebagai tambahan, syarikat yang beroperasi dari premis perniagaan jenis SOHO, shared partition dan co-working space juga dibenarkan mendaftar,” katanya.

Artikel Berkaitan: