Penunggang motosikal maut digilis lori

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Taman Setiawangsa berdekatan simpang masuk Masjid Mu’adz Bin Jabal, pada Jumaat.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Taman Setiawangsa berdekatan simpang masuk Masjid Mu’adz Bin Jabal, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di Jalan Taman Setiawangsa berdekatan simpang masuk Masjid Mu’adz Bin Jabal di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, lori berkenaan datang dari arah Jelatek menghala ke Keramat AU.

"Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba datang penunggang motosikal dari arah yang sama cuba memasuki lorong kanan jalan telah bergesel di bahagian sisi kiri lori.

"Lelaki berusia 21 tahun itu terjatuh dan digilis oleh lori berkenaan. Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sarifudin memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: