Bajet 2022 fokus tiga paksi utama

Bajet 2022 yang mengangkat tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendokong tiga paksi utama.
Bajet 2022 yang mengangkat tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendokong tiga paksi utama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bajet 2022 yang mengangkat tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendokong tiga paksi utama.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tiga paksi itu ialah memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Menurutnya, matlamat Bajet 2022 kekal dengan tiga fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan.

"Bajet 2022 yang dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) telah diadun sebagai kesinambungan daripada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi sebelum ini; juga ditambah baik dan dilengkapi usaha baharu untuk membentuk sebuah Bajet yang inklusif, mampan dan seimbang.

"Mengambil kira aspirasi, impian dan keperluan ahli Keluarga Malaysia, di samping jangkaan peningkatan hasil kerajaan bagi tahun 2022 kepada RM234 bilion, kerajaan akan terus menyediakan bajet yang mengembang," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambahnya, tumpuan kerajaan pada tahun hadapan adalah

Tahun hadapan, tumpuan kita semestinya memulih semula setiap segmen sosio ekonomi negara.

Jelasnya, usaha untuk membina daya tahan turut digerakkan bagi mengukuhkan keupayaan perniagaan dan sistem kesihatan dalam mendepani cabaran mendatang.

Artikel Berkaitan:

"Akhirnya, melangkah ke hadapan, instrumen pembaharuan akan mula dilaksana supaya seiring dengan landskap dunia teknologi tanpa sempadan serta agenda kelestarian," katanya.