Wanita UMNO,MCA, Muslimat Pas, laporan polis terhadap Guan Eng

Noraini (tengah) bersama wanita Umno hadir di IPD Dang Wangi.
Noraini (tengah) bersama wanita Umno hadir di IPD Dang Wangi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO dan Muslimat Pas dan Wanita MCA membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-Pas ibarat 'perang' terhadap orang bukan Melayu.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 3.30 petang hari ini diketuai oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad bersama Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Haslina Wan Hassan.

Selasa lalu, UMNO dan Pas secara rasminya mengadakan pertemuan bersama bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama dua parti terbesar Melayu itu.

Mesyuarat perundingan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur itu turut dihadiri barisan pimpinan kedua-dua parti.

Kelmarin, Guan Eng menyifatkan kerjasama di antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu dan kenyataannya itu disiarkan portal berita Malaysiakini.

Dua jam kemudian, kenyataan itu diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.

Walaupun kenyataan itu telah diubah ia tetap mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Mereka menuntut Guan Eng disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya itu.

Artikel Berkaitan: