Martinez akhiri teka-teki bersama Inter Milan

Martinez
Martinez
A
A
A

PENYERANG sensasi Inter Milan, Lautaro Martinez mengakhiri teka-teki masa depannya bersama kelab Serie A itu apabila mengesahkan menyambung kontrak bersama Nerazzurri sehingga 2026.

Bintang Argentina berusia 24 tahun yang menjalani fasa 18 bulan terakhir kontrak bersama kelab Itali itu dilaporkan aktif sejak beberapa bulan lalu mengadakan perbincangan mengenai statusnya di Milan.

Martinez sebelum ini mengaku hampir menyertai gergasi La Liga, Barcelona pada 2020, sebelum perpindahan gagal selepas kelab Sepanyol itu berdepan masalah kewangan.

"Saya amat gembira dapat kekal di kelab ini untuk satu tempoh yang panjang. Terima kasih kepada penyokong-penyokong Nerazzurri," ujar Martinez.

Martinez beraksi bersama kelab Argentina, Racing Club sebelum menyertai Inter pada 2018, telah menjaringkan 54 gol dalam 144 perlawanan untuk Nerazzurri dalam semua kejuaraan, juga membantu pasukannya menjulang Scudetto musim lalu.

Artikel Berkaitan: