Penunggang motosikal maut rempuh kereta rosak

Mohd Fadzil maut di lokasi kejadian.
Mohd Fadzil maut di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kenderaan rosak di Jalan Tun Razak menghala pusat bandar, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa Mohd Fadzil Isa, 42, berasal dari Gemas, Negeri Sembilan disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas kereta jenis Proton Wira rosak berhenti di lorong pertama laluan berkenaan.

"Ketika itu, pemandu berkenaan berada di luar kenderaan dan sedang membuat kawalan serta meletakkan kon segi tiga di belakang keretanya.

"Tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipandu mangsa dari arah belakang sebelum melanggar kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 64 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: