Wujud kelemahan di set penggambaran Alec Baldwin: Polis

Mendoza memaklumkan siasatan awal mendapati pelakon Alec Baldwin diberikan senjata yang diisi dengan peluru hidup, mungkin secara tidak sengaja. - Foto Reuters
Mendoza memaklumkan siasatan awal mendapati pelakon Alec Baldwin diberikan senjata yang diisi dengan peluru hidup, mungkin secara tidak sengaja. - Foto Reuters
A
A
A

SANTA FE - Siasatan yang dijalankan susulan insiden tembakan di set penggambaran filem Rust, mendedahkan wujud kelemahan dalam aspek pengendalian senjata.

Sherif Santa Fe, Adan Mendoza memaklumkan siasatan awal mendapati pelakon Alec Baldwin diberikan senjata yang diisi dengan peluru hidup, mungkin secara tidak sengaja.

Baldwin kemudian menembak Pengarah Seni dan Pengarah Filem berkenaan ketika latihan penggambaran.

"Kami mendapati Halyna Hutchins, Pengarah Seni dan Joel Souza, Pengarah Filem, ditembak ketika latihan babak filem Rust.

"Siasatan awal mendapati pelakon Alec Baldwin adalah individu yang melepaskan tembakan. Kami mengenal pasti dua lagi individu yang mengendalikan senjata sebelum digunakan Baldwin.

"Ketiga-tiga individu ini memberikan kerjasama dalam siasatan dan telah memberikan kenyataan masing-masing," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Hollywood tembak mati wanita di set penggambaran filem

Sehingga kini Pendakwa Raya enggan mengulas mengenai dakwaan yang akan dibuat berhubung kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Siasatan kini tertumpu kepada aspek kelemahan pengendalian senjata dan pengabaian.

Insiden ini mencetus desakan supaya penggunaan senjata sebenar di set penggambaran diharamkan. - Awani