Pelakon Hollywood tembak mati wanita di set penggambaran filem

Alec Baldwin - Foto AFP
Alec Baldwin - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang wanita mati ditembak pelakon terkenal Hollywood, Alec Baldwin di set penggambaran sebuah filem di New Mexico, kata seorang pegawai penguat kuasa undang-undang pada Khamis.

Wanita yang mati ialah Pengarah Fotografi, Halyna Hutchins, 42, yang diterbangkan ke Hospital Universiti New Mexico sebelum beliau diisytiharkan meninggal dunia.

Dalam kejadian itu, pengarah filem tersebut, Joel Souza, 48, turut cedera ditembak oleh Baldwin dan kini dirawat di Pusat Perubatan Christus St. Vicent, Santa Fe.

Siasatan sedang berlaku dan pihak berkuasa menyatakan tidak ada dakwaan dikemukakan manakala para detektif pula mendapatkan kenyataan daripada para saksi berhubung kejadian tersebut.

Penggambaran filem berjudul 'Rust' yang berlatar belakangkan abad ke-19 itu kemudian dihentikan yang mana Baldwin ialah produsernya.

Seorang jurucakap Baldwin berkata, insiden itu berlaku ekoran kesilapan tembakan daripada sepucuk pistol yang digunakan khas untuk tujuan penggambaran filem. - Agensi

Artikel Berkaitan: