UMNO Sabah cari kaedah sesuai bantu PRN Melaka

Yakub ketika menyampaikan alat peranti kepada pelajar dalam Majlis Serahan Peranti Cerdik PPD Kota Kinabalu di Sekolah SMK Tebobon, Kota Kinabalu.
Yakub ketika menyampaikan alat peranti kepada pelajar dalam Majlis Serahan Peranti Cerdik PPD Kota Kinabalu di Sekolah SMK Tebobon, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - UMNO Sabah akan mencari kaedah sesuai dalam usaha membantu kempen calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November depan.

Ia berikutan arahan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengehadkan aktiviti berkempen.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, membantu kempen dalam PRN sudah menjadi tanggungjawab bersama dalam parti.

"Kalau kita lihat kepada arahan terkini daripada KKM khususnya mengenai mengehadkan aktiviti berkempen di Melaka. Sudah tentu kita akan cari kaedah yang sesuai untuk bekerja sepanjang tempoh berkempen itu," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Serahan Peranti Cerdik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memaklumkan jentera akan berkampung di Melaka sepanjang tempoh berkempen dan menjelang pembuangan undi.

Bagaimanapun, KKM melalui menterinya, Khairy Jamaluddin pada Ahad menyatakan kementerian itu menguatkuasakan larangan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya.

Yakub yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO berkata, pihaknya belum memutuskan peratusan jentera UMNO Sabah yang akan menyertai kempen berkenaan.

Artikel Berkaitan: