Derby County dalam radar ahli perniagaan Amerika Syarikat

Pride Park, gelanggang keramat untuk Derby County.
Pride Park, gelanggang keramat untuk Derby County.
A
A
A

AHLI perniagaan Amerika Syarikat, Chris Kirchner mengesahkan dia mahu membeli kelab Liga Kejuaraan, Derby County yang kini bergelut dengan masalah kewangan untuk kekal dalam saingan liga musim ini.

Malah dalam surat terbuka kepada penyokong-penyokong The Rams, Kirchner yang juga pengasas syarikat pembekal teknologi logistik global, Slync.io berkata, dia sedang dalam proses bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

"Buat masa ini proses berkaitan pentadbiran begitu kompleks, biarpun begitu saya sudah memaklumkan bahawa telah cukup bersedia melalui proses ini.

"Saya masih pada fasa permulaan yang bermula dengan pentadbiran dan EFL, biarpun begitu saya menghormati proses ini.

"Sejujurnya, saya dan pasukan saya telah pun memulakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam isu ini,” katanya.

Derby County sebelum ini dilaporkan berdepan masalah kewangan yang meruncing sehingga menyebabkan semua perkara berkaitan urusan kelab itu digantung Persatuan Bola Sepak England pada awal musim ini.

The Rams yang dikendalikan bekas bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney, diuruskan pentadbir liga pada September lalu, dikenakan pemotongan 12 mata menyebabkan kelab tersebut kini menghuni kelompok bawahan dalam saingan Liga Kejuaraan.

Sementara itu Kirchner menegaskan dia sememangnya bertekad untuk membawa Derby County keluar darpada bebanan kewangan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu katanya, dia sangat berharap agar segala proses bagi merealisasikan pembelian kelab berkenaan berjalan lancar.

“Saya bertekad membawa kelab itu keluar daripada bebanan kewangan dan harapan saya agar segala proses mengenai pembelian kelab ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin," ujar ahli perniagaan berusia 34 tahun itu.