PH sedia dijatuhkan jika gagal bawa agenda negara: Mohd Nazree

FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus bersetuju jika kerajaan PH ‘dijatuhkan’ pada PRU15 akan datang sekiranya gagal membawa agenda negara ke arah yang lebih baik seperti dijanjikan pada PRU14 lalu.

Menurutnya, sebagai negara mengamalkan prinsip demokrasi, rakyat terutamanya pengundi mempunyai hak untuk menentukan kerajaan yang diyakini boleh membela nasib mereka.

“Sebelum ini rakyat pernah menghukum BN (pada PRU14) dan saya berasakan mereka juga mempunyai hak untuk kembali hukum PH.

“Saya setuju sekiranya kuasa rakyat itu diserah kepada rakyat selepas dua, tiga atau lima tahun untuk membuat penentuan siapakah yang paling layak (menjadi kerajaan) pada PRU15 nanti,”katanya ketika hadir pada Wacana Sinar Harian ke-92 bagi membincangkan topik, Pengundi Muda: Kena Tipu Ke? di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Mohd Nazree berkata, masih terlalu awal untuk mengukur prestasi kerajaan PH dalam mentadbir negara, namun beliau yakin pemimpin di peringkat pusat dan negeri sentiasa fokus untuk memenuhi janji kepada rakyat.

“Kita masih lagi mempunyai masa, namun kita tidak mahu menjadikan alasan kedudukan kewangan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji kepada rakyat tetapi soal itu (masalah kewangan) dijadikan sebagai pedoman,” katanya.

Artikel Berkaitan: