X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Sejarah hitam Manchester United

Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo (kiri) dan Bruno Fernandes kelihatan kecewa dengan kekalahan kepada Liverpool. - Foto EPA
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan kekalahan 0-5 kepada Liverpool di Old Trafford pada Isnin, merupakan sejarah hitam sepanjang kariernya.

Malah Solskjaer juga mengakui kekalahan besar itu sukar diungkap dengan perkataan setelah mengetuai barisan bintang kelab tersebut melakar beberapa keputusan positif sebelum ini.

Bagaimanapun, Solskjaer menegaskan, dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan skuad, namun menegaskan tidak pernah berniat meninggalkan skuad The Red Devils itu.

"Sejujurnya Manchester United tidak cukup bagus baik aspek individu dan berpasukan apabila mudah memberi deretan peluang kepada Liverpool dalam perlawanan ini.

"Keseluruhan persembahan Manchester United tidak cukup bagus, pemain-pemain mencipta peluang begitu juga Liverpool, namun mereka lebih klinikal dengan gol ketiga penentu perlawanan ini.

"Anda boleh melihat keputusan musim lalu ketika Manchester United tewas 1-6 kepada Spurs (Tottenham Hotspur). Ia merupakan keputusan buruk buat saya sebagai penyokong kelab ini, namun kami perlu bangkit melupakan igauan kekalahan di Old Trafford hari ini, " kata pengendali dari Norway yang mula memimpin The Red Devils sejak Disember 2018.

Pada perlawanan itu, anak buah Solskjaer terlebih dulu ketinggalan 0-4 pada babak pertama selepas persembahan longlai bahagian pertahanan ketika berdepan adakan jentera serangan The Reds diketuai penjaring hatrik Mohamed Salah.

Manchester United yang kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir ketika ini lapan mata di belakang pendahulu Chelsea, bakal menyaksikan desakan perubahan pengendali pasukan.

Bagaimanapun Solskjaer yang merupakan antara tonggak pencipta beberapa kejuaraan bersama Manchester United enggan mengalah sebaliknya percaya kelab tersebut mampu bangkit daripada kekalahan berkenaan.

"Saya datang terlalu jauh untuk ini, kami juga datang sebagai satu kumpulan untuk beri segalanya buat Manchester United. Kami terlalu hampir untuk mengalah sekarang

"Ya, saya akui ini merupakan masa sukar buat semua di Manchester United, namun kelab ini memiliki ramai karakter yang positif.

"Saya tahu motivasi kini berada pada tahap paling bawah kerana tiada apa yang lebih parah dari kekalahan ini. Biarpun begitu kita akan lihat arah Manchester United selepas ini," ujar Solskjaer.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!