'Banyak tawaran, Selasa depan kami berempat buat keputusan'

Bekas empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Foto Awani
Bekas empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Foto Awani
A
A
A

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan menjelaskan bahawa beliau bersama tiga lagi rakan bekas ADUN akan mengumumkan keputusan menyertai mana-mana parti politik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.

Jelasnya, meskipun Pakatan Harapan (PH) tidak menerima bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon PH, namun sudah ada tawaran buat mereka daripada parti politik lain.

"Saya melihat media sosial yang disampaikan Lim Kit Siang dan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) menolak Norhizam.

"Bunyinya macam menolak empat lagi bekas ADUN, saya dihubungi Norhizam mengatakan apa akan berlaku pada diri kita.

"Sebenarnya ada beberapa parti menghubungi kita, akan mengambil kita jika PH tidak mahu. Nanti dulu, Insya-ALLAH minggu depan akan buat keputusan, insya-ALLAH kami bersama-sama, tidak boleh seorang pun tertinggal," jelasnya.

Jelas Nor Azman, meskipun banyak tawaran diterima menjelang PRN Melaka yang dijadualkan November depan, ketika ini kesemua mereka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Jadi kami akan tengok di mana masa terdekat dan Insya-ALLAH kami akan berbincang hala tuju kami, macam mana tetap akan bertanding.

"Ada beberapa parti, mahu berjumpa dengan saya pada Isnin. Banyak tawaran datang bertanding kepada PRN.

Artikel Berkaitan:

"Tidak melibatkan PN, tidak maknanya parti lain yang menghubungi kami. Kita akan buat keputusan awal minggu depan, Insya-ALLAH Selasa atau Rabu akan buat keputusan," jelasnya lagi.

Tidak salah buat keputusan

Mengulas lanjut mengenai kecaman terhadap tindakannya yang disifatkan 'tersalah langkah' oleh rata-rata netizen, jelas Nor Azman beliau tidak beranggapan begitu.

Sebaliknya, tindakan itu katanya demi perjuangan mereka berempat.

"Sebenarnya apa kami nak buat, tidak salah jalan.Cuma izin Allah benda ini berlaku, ada hikmah di sebaliknya tiada kepentingan diri saya dan kami berempat cuma nak perbetulkan.

"Kami tidak salah langkah, ada tiga exco, saya pun gaji berjalan macam biasa. Cuma kepentingan rakyat Melaka, kita tak menyesalkan apa yang telah dilakukan," ujarnya lagi.

Mengenai karier politiknya pula, kata bekas ADUN Pantai Kundor itu, beliau yakin rakyat di DUN itu bijak memilih pemimpin yang telah berkhidmat untuk rakyat.

"Wakil rakyat mesti berkhidmat selepas mereka menang DUN itu sampai abis, kita dah jalankan kerja, sekarang kerja saya senang.

"Bermakna terpulang kepada rakyat menilai sendiri, contoh macam kita tanam pokok mangga, sekarang kita nak petik buah makan sama-sama rakyat," jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas ditemui Astro AWANI di kediamannya di Kampung Gelam, Tanjung Kling pada Isnin. - Awani