El Nino: Dunia dalam zon bahaya

Data WMO menunjukkan kebarangkalian hampir 100 peratus bahawa fenomena El Nino akan berlanjutan sehingga Februari depan. Foto Agensi/AFP
Data WMO menunjukkan kebarangkalian hampir 100 peratus bahawa fenomena El Nino akan berlanjutan sehingga Februari depan. Foto Agensi/AFP
A
A
A

GENEVA - "Dunia kini berada dalam zon bahaya cuaca ekstrem."

Amaran itu diberikan Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) susulan kebimbangan bahawa fenomena 'super' El Nino mungkin menjadi paling kuat sejak rekod pemantauan bermula empat dekad lalu.

Keadaan cuaca ekstrem itu turut menyebabkan kebakaran hutan meluas dan sukar dikawal.
Keadaan cuaca ekstrem itu turut menyebabkan kebakaran hutan meluas dan sukar dikawal.

"Jika keadaan ini berterusan, El Nino mungkin mencatat tahap luar biasa sehingga mengatasi mana-mana kejadian yang direkodkan sepanjang 40 tahun lalu. Kita sudah menyaksikan impak besar dan kemusnahan akibat kemarau serta banjir. Ia akan bertambah buruk apabila El Nino semakin intensif.

"Fenomena sama turut menyumbang kepada 2024 sebagai tahun yang merekodkan suhu tertinggi pernah dicatatkan dan kita tidak seharusnya terkejut sekiranya rekod tersebut dipecahkan sekali lagi,” kata Ketua WMO, Celeste Saulo.

Fenomena El Nino turut menyumbang kepada perubahan corak cuaca ekstrem di beberapa negara termasuk kejadian ribut.
Fenomena El Nino turut menyumbang kepada perubahan corak cuaca ekstrem di beberapa negara termasuk kejadian ribut.

Beliau menggesa pihak berkuasa pengurusan bencana dan sektor yang sensitif terhadap iklim seperti pertanian, kesihatan, tenaga serta air supaya bersiap sedia kerana 'tiada masa untuk berlengah'.

Artikel Berkaitan:

Menurut WMO, El Nino yang mencapai kemuncaknya menjelang akhir tahun ini semakin mengukuh dan dijangka mencapai tahap intensiti tinggi dalam beberapa bulan akan datang, sekali gus memberi kesan besar terhadap corak suhu, taburan hujan serta meningkatkan risiko banjir, kemarau dan cuaca panas ekstrem.

Sungai Rhine jatuh ke paras terendah pernah direkodkan di beberapa kawasan di Jerman dan Belanda ketika gelombang haba terus melanda rantau Eropah.
Sungai Rhine jatuh ke paras terendah pernah direkodkan di beberapa kawasan di Jerman dan Belanda ketika gelombang haba terus melanda rantau Eropah.

El Nino yang bertentangan dengan La Nina berlaku secara semula jadi dan bukan disebabkan oleh perubahan iklim. Namun, saintis menjangkakan fenomena itu akan memburukkan lagi keadaan pemanasan global yang didorong oleh pembakaran bahan api fosil, sekali gus meningkatkan risiko kejadian cuaca ekstrem.

Ia memberi impak besar kepada sektor pertanian kerana tanah tidak lagi subur untuk bercucuk tanam.
Ia memberi impak besar kepada sektor pertanian kerana tanah tidak lagi subur untuk bercucuk tanam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan impak El Nino semakin luar biasa.

"Bukti saintifik jelas dan tidak dapat disangkal lagi bahawa keadaan bumi semakin terancam. Permukaan laut semakin panas dan suhu global terus mencatat peningkatan. Kita kini bergelut dengan masa di samping memperkukuh komitmen untuk menangani perubahan iklim dan melindungi masyarakat. Kita mesti memenangi 'perlumbaan' ini," tegasnya.

Bukan sahaja manusia, haiwan juga tidak terkecuali daripada kesan fenomena El Nino.
Bukan sahaja manusia, haiwan juga tidak terkecuali daripada kesan fenomena El Nino.

El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlarutan kira-kira sembilan hingga 12 bulan. Data WMO menunjukkan kebarangkalian hampir 100 peratus bahawa fenomena El Nino pada kali ini akan berlanjutan sehingga Februari depan.

Ia boleh mengubah corak cuaca dan iklim di kawasan yang terletak sejauh beribu-ribu kilometer dari kawasan tropika Pasifik.

El Nino boleh menyebabkan banjir di sesetengah benua.
El Nino boleh menyebabkan banjir di sesetengah benua.

Setiap kejadian El Nino berbeza, tetapi kebiasaannya ia menunjukkan corak yang serupa. Antaranya ialah kemarau di beberapa bahagian Amazon, Indonesia dan Australia, gangguan monsun di India serta perubahan taburan hujan di kawasan tropika.

Ancaman 'super' El Nino boleh menyebabkan harga makanan melonjak sehingga 2028.
Ancaman 'super' El Nino boleh menyebabkan harga makanan melonjak sehingga 2028.

Bagi tempoh September hingga November depan, ramalan WMO menunjukkan kemungkinan suhu melebihi paras normal di hampir semua kawasan daratan selain corak hujan yang menunjukkan tindak balas atmosfera yang ketara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!