X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Persembahan terakhir Mamat Khalid depan keluarga

Kediaman Allahyarham Mamat Khalid di Ipoh mula didatangi kenalan dan beberapa rakan artis.
A
A

IPOH - Pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, sempat membuat persembahan di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River pada Ahad.

Anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25, berkata, bapanya yang bermain 'keyboard' sedang memainkan lagu 'Apokalips' di hadapan ahli keluarganya.

"Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.

"Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Papa memang ada sakit jantung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini pada Ahad.

Menurutnya, Allahyarham sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' minggu hadapan.

"Masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa 'speed' untuk siapkannya.

"Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat," katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.

Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama menerusi filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario.

Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasil francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!