TUDM sambut ulang tahun ke-40 Op Gateway bersama RAAF

Sambutan yang diadakan di Hangar 19 Skuadron RAAF, Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Pulau Pinang itu disertai dengan kehadiran kira-kira 50 pegawai dan tentera kedua-dua pihak.
Sambutan yang diadakan di Hangar 19 Skuadron RAAF, Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Pulau Pinang itu disertai dengan kehadiran kira-kira 50 pegawai dan tentera kedua-dua pihak.
A
A
A

SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyambut ulang tahun ke-40 Operasi Gateway (Op Gateway) yang menjadi manifestasi kerjasama bilateral bersama pasukan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, TUDM memaklumkan, sambutan yang diadakan di Hangar 19 Skuadron RAAF, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang itu disertai kira-kira 50 pegawai dan tentera daripada kedua-dua pihak.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad menerusi ucapannya pada sambutan tersebut melahirkan penghargaan kepada pihak RAAF dan Australia atas hubungan antara kedua-dua dua angkatan udara itu yang terjalin sejak 1958.

Katanya, kehadiran pihak RAAF dan Kedutaan Australia ke pada majlis tersebut sebagai tanda sokongan berterusan sempena sambutan bersejarah itu yang menjadi aspek penting hubungan dua hala di antara Malaysia dan Australia.

“Panglima TUDM juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kepada Flight Lieutenant A Steff, RAAF selaku Komander pesawat P-3 dan kru di atas penglibatan misi mencari dan menyelamat insiden rampasan kapal tangki Malaysia iaitu MT Orkim Harmony pada tahun 2015.

“Pesawat P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan kapal tangki berkenaan sehingga akhirnya membawa kepada kejayaan menyelamatkan kembali kapal tangki berkenaan termasuk anak kapalnya,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir, wakil Panglima TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar Ariffin dan Penasihat Pertahanan Australia, Kedutaan Australia, Group Captain Gretchen Fryar.

Operasi Gateway yang dimulakan pada 1981 itu bertujuan menyedia dan melaksanakan pemantauan maritim.

Artikel Berkaitan:

Sambutan ke-40 itu merupakan acara yang signifikan bagi mengekalkan kelestarian hubungan bilateral TUDM dan RAAF di samping menjaga kepentingan pertahanan negara.

Malaysia dan Australia turut menjalinkan kerjasama melalui Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 baru-baru ini.