Banjir kilat di Kampung Poh Tambahan

Banjir kilat di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan di Bidor dipercayai berlaku akibat daripada pembetung pecah dari lombong berdekatan sehingga air melimpah masuk ke kawasan kampung berkenaan dan menyebabkan hampir 20 rumah terjejas. - Foto Bernama

A
A
A

IPOH - Satu kejadian banjir kilat berlaku di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan di Bidor, kira-kira 70 kilometer dari sini, pagi Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata, banjir kilat itu dipercayai berlaku akibat daripada pembetung pecah dari lombong berdekatan sehingga air melimpah masuk ke kawasan kampung berkenaan dan menyebabkan hampir 20 rumah terjejas dengan anggaran kenaikan air sedalam 0.3 meter hingga 0.6 meter.

"Pasukan bomba membuat pemindahan kira-kira 77 orang daripada beberapa keluarga ke surau kampung tersebut buat sementara waktu sehingga air surut.

"Mereka kemudiannya kembali ke rumah masing-masing pada 2.30 petang apabila keadaan kembali normal dan operasi tamat sepenuhnya sejam kemudian," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: