16 pasukan rebut Piala Datuk Mokhtar Dahari 2019

Emran (enam, kanan) merakam gambar bersama pemain yang menyertai kejohanan terbabit.
Emran (enam, kanan) merakam gambar bersama pemain yang menyertai kejohanan terbabit.
A
A
A

SHAH ALAM - 16 pasukan bakal membawa cabaran bagi bersaing untuk merebut kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari (bawah 15 tahun) dalam perlawanan yang akan berlangsung esok.

Kesemua pasukan itu layak ke pusingan "kalah mati" selepas melepasi saingan pertama yang menampilkan 32 pasukan terbaik dari seluruh daerah di negeri ini.

Pengerusi Kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, pertembungan pada kali ini dilihat agak seimbang berikutan pasukan yang baharu pertama kali layak juga turut mempamerkan aksi permainan berkualiti.

"Kita berharap bakat-bakat muda ini akan menyerlah di persada bola sepak negara malah antara bangsa," katanya.

Beliau berkata, 16 pasukan yang akan bersaing dalam pusingan kali ini adalah SMK S10 Kota Damansara, SMK Dato Hamzah, SMK Tinggi Kajang, SMK USJ 23, SMK Sijangkang Jaya, SMK Bandar Tasi Kesuma, SMK USJ 8 dan SMK Sg Kertas.

Selain itu, beliau berkata pasukan lain yang turut layak merupakan SMK Tun Perak, SMK Meru, SMK Jalan Empat BB Bangi, SMK Bukit Changgang, SMK Datuk Harun, SMK Bagan Terap, SMK Serendah dan SMK Jalan Kebun.

"Lapan pasukan yang berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan kali ini akan berjaya ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada 11 Mac ini.

"Pertemuan separuh akhir bagi kejohanan ini pula akan berlangsung pada 13 Mac manakala perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya pada 16 Mac bermula 8.00 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara penyokong yang turut sama menyaksikan perlawanan yang berlangsung sebelum ini.
Antara penyokong yang turut sama menyaksikan perlawanan yang berlangsung sebelum ini.

Piala Dato Mokhtar Dahari dikatakan menjadi platform terbaik bagi mencungkil bakat pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Di samping itu, kejohanan ini juga selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ingin melihat Selangor konsisten melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi.

Johan akan meraih hadiah wang tunai RM8000, naib johan RM6000, tempat ketiga RM4000 manakala keempat menerima RM2000.

Selain tu lapan pasukan suku akhir masing-masing menerima satu set jersi yang disumbangkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang juga penaja utama manakala Sinar Harian adalah akhbar rasmi kejohanan.