X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular

A
A

PUTRAJAYA - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan mendakwa biskut itu yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.

Karsinogen ialah bahan-bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.

BKKM dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Pelaksanaan PJKM dapat mengenalpasti risiko bahaya seterusnya mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran makanan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Kata kenyataan itu, siasatan awal mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil HACCP KKM.

"Bahagian ini mengambil maklum terbitan Choice Magazine di dalam laman web Persatuan Pengguna Hong Kong berkaitan pemantauan terhadap 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong," kata kenyataan itu.

Laporan itu turut menyenaraikan dua lagi biskut terkenal yang dikilangkan di Malaysia dalam senarai tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!