Pakai pelitup muka selepas dine-in: Khairy Jamaludin

Tangkap layar ciapan Khairy Jamaludin di Twitter pada Jumaat.
Tangkap layar ciapan Khairy Jamaludin di Twitter pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua individu yang mengunjungi kedai makan secara 'dine-in' diingatkan untuk memakai semula pelitup muka selepas selesai makan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyaksikan kebanyakan individu tidak memakai semula pelitup muka ketika bersembang selepas makan.

“Apabila anda ‘dine-in’, tolong pakai pelitup muka selepas makan. KKM melihat terlalu banyak contoh orang bercakap selepas makan tanpa memakai pelitup muka.

“Bila dah habis makan dan mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Sementara itu, Khairy Jamaludin dalam ciapannya di Twitter pada Khamis berkata, KKM turut menasihatkan rakyat terutamanya warga emas agar mengelakkan kawasan yang sesak.

Katanya, golongan tersebut juga perlu berhati-hati ketika menghadiri majlis sosial atau makan di kedai yang memerlukan mereka menanggalkan pelitup muka bagi mengawal kes kemasukan Covid-19 ke hospital yang merupakan petunjuk utama penularan wabak itu di Malaysia.

Artikel Berkaitan: