X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Ketua Pemuda UMNO Mersing meninggal dunia

A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing Azmir Zainal Abidin meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini petang ini selepas dimasukkan ke hospital itu akibat tekanan darah tinggi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata Azmir, 40, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang.

Allahyarham, yang merupakan anak sulung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Endau dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Datuk Zainal Abidin Osman, turut memegang beberapa jawatan lain termasuk Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Johor, Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B Malaysia dan Yang Dipertua Majlis Gabungan Belia Mersing.

Allahyarham meninggalkan isteri dan dua anak perempuan.

Mohd Hairi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, Azmir merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas.

"Allahyarham sangat komited dalam setiap arahan kerja yang diberikan dan sentiasa bertanya sekiranya kurang memahami perkara yang diarahkan.

"Perjuangan beliau tidak boleh dinafikan, ketika ramai yang lari daripada 'medan perang' beliau setia dan yakin pada parti keramat ini," katanya.

Jenazah Azmir dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff dekat sini, pagi Khamis. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!