AirAsia dinamakan peneraju LCC dunia

A
A
A
AIRASIA dinamakan sebagai Peneraju Penerbangan Tambang Murah (LCC) Dunia untuk tahun keenam pada peringkat akhir World Travel Awards (WTA).

AirAsia berada di tempat teratas dalam kategori berkenaan selepas menerima paling banyak undi daripada pelancong dan eksekutif industri, berbanding Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas dan fastjet, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Syarikat penerbangan itu turut membawa pulang anugerah, Peneraju Kru Kabin Penerbangan Tambang Murah Dunia untuk kali kedua, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, fastjet, Kulula dan Mango.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia, Progastama Petriny, menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat pada majlis gala yang diadakan di Pátio da Galé Lisbon, Portugal, semalam. - Bernama
Artikel Berkaitan: