Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Sam-Dabong, pada Selasa. - Gambar hiasan
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Sam-Dabong, pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA KRAI – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Sam-Dabong di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, Nik Mat Yusof, 50, maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa iaitu penunggang sebuah lagi motosikal dan pemandu sebuah kereta selamat, namun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang wanita berusia 25 tahun dalam perjalanan ke Kuala Krai.

“Dia dipercayai mahu menghantar kunci di tempat kerja di Mahkamah Syariah Kuala Krai. Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai memasuki laluan kereta berkenaan dan berlaku pelanggaran pada bahagian depan.

“Dalam masa sama, sebuah lagi motosikal yang berada di belakang mangsa dipercayai gagal dikawal dan terlanggar kereta mangsa,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan juga didapati memakai gelang merah jambu kerana menjadi kontak rapat ibunya dalam kes Covid-19.

"Bagaimanapun, ujian swab yang dilakukan pada Isnin mendapati dia negatif Covid-19, sebelum dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.