X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah

Gambar fail.
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan bimbang dengan kelibat dan bunyi enjin pesawat pejuang yang terbang rendah di ruang udara Lembah Klang mulai Selasa hingga Khamis ini.

Kementerian Pertahanan (Kementah) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pesawat-pesawat itu terlibat latihan penerbangan membabitkan formasi-formasi penerbangan rendah serta taktikal sempena acara sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), Khamis ini.

"Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi acara sambutan 50 Tahun FPDA dan Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 pada 21 Oktober di Kuala Lumpur.

"Sambutan ini juga akan diraikan dengan satu acara terbang lintas melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA yang akan berlangsung pada jam 5.45 petang hari yang sama di Pangkalan Udara Subang," menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!