HTAA cari waris pesakit meninggal dunia

HTAA sedang mengesan waris mendiang Soon Siong.
HTAA sedang mengesan waris mendiang Soon Siong.
A
A
A

KUANTAN - Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sedang mengesan waris kepada seorang pesakit yang meninggal dunia di hospital berkenaan pada 3 Oktober lalu untuk urusan tuntutan jenazah.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hospital terbabit, pesakit yang meninggal dunia itu dikenali Siew Soon Siong 59 dan alamat terakhir mendiang ialah di Pusat Jagaan Orang Tua Grannies, Jalan Teluk Sisek, di sini.

Sehubungan itu, ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali mendiang pesakit diminta menghubungi Jabatan Forensik, HTAA segera di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: